Tan Sri Dato’ Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor
Al-Bukhary merupakan antara tokoh yang dihormati di Asia dan terutama Malaysia
kerana penglibatannya dalam dunia korporat dan banyak menjalankan kerja-kerja
amal. Beliau merupakan orang ketujuh terkaya di Malaysia dan ke 520 untuk
jutawan antarabangsa berdasarkan laporan pada Februari 2014 (Forbes, 2014) . Jutawan ini juga
merupakan satu-satunya jutawan bumiputera dalam 10 orang terkaya di Malaysia. Bapanya
bernama Syed Nor Al-Bukhary dan ibunya bernama Sharifah Rokiah Syed Mohamed
Rahmat. Ahli keluarga beliau berasal dari Hadhramaut, Yaman namun banyak
mengembara ke Asia Tengah untuk berniaga seperti di Thailand sebelum mengambil
keputusan untuk menetap di Kampung Hutan Keriang, Alor Setar, Kedah pada
pertengahan 1940-an (Mohanlall, 2012) .
Beliau
dilahirkan pada 12 Disember 1951 dan merupakan anak ketiga dari tujuh orang
adik beradik dan pada umur tujuh bulan beliau pernah jatuh sakit yang teruk (Times, 2012) . Datuk sebelah
ibunya, Syed Mohamad Syed Akbar Shah Al-Bukhary, merupakan seorang yang kuat
agama dan selalu mendoakan beliau agar kembali sihat seperti sediakala semasa
beliau jatuh sakit sewaktu kecil dan menjangkakan bahawa Syed Mokhtar akan
menjadi seseorang penting dan terkenal
masa hadapan (Mohanlall, 2012) . Beliau sekeluarga
merupakan keluarga dari kelas pertengahan yang serba kekurangan yang
sehinggakan rumahnya beliau diami tidak mempunyai meja, katil mahupun kerusi
dan di atas sebab yang demikian, beliau terpaksa membatalkan hasrat beliau
untuk mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana kekurangan
wang unutk membayar yuran peperiksaan. Pada umur 9 tahun, beliau dihantar ke
Johor Baharu untuk tinggal bersama bapa saudaranya Syed Omar yang merupakan askar tentera British hingga
beliau tingkatan dua dan kemudian kembali ke Alor Setar, Kedah dan meneruskan
persekolahan di Sekolah Saint Michael’s (Zain, 2005) . Beliau berkahwin
dengan seorang wanita yang anggun bernama Sharifah Zahara bin Tan Sri Syed
Kechik Syed Mohamed Al-Bukhary, seorang peguam yang terkenal kerana menjadi
penasihat kanan Ketua Menteri Sabah (Ahmad, 2012) dan beliau
dikurniakan anak seramai 5 orang sebagai penyeri dalam kehidupannya.




0 comments:
Post a Comment