Charles
Robert Darwin merupakan orang ke 16 yang paling berpengaruh dalam sejarah dunia
disebabkan teori beliau mengenai evolusi manusia (Hart, 1978) . Beliau dilahirkan
di Shrewsbury, Shropshire, England pada 12 Februari 1809 di rumah keluarganya
yang terletak di The Mount serta Abraham Lincoln juga dilahirkan pada tarikh
yang sama. Beliau merupakan anak yang kelima daripada enam orang adik beradik
dan ibubapa beliau merupakan golongan yang berada dan dihormati iaitu bapa
beliau, Robert Darwin seorang doktor manakala ibu beliau, Susannah Darwin
seorang ahli kewangan. Pada umur lapan tahun beliau kehilangan ibu yang
meninggal, namun sama sekali tidak menyebabkan beliau terlalu tertekan dan pada
umur itu juga, Charles Darwin mula mempunyai keinginan untuk mengetahui sejarah
alam semula jadi dan mengumpulnya apabila beliau menyertai sekolah yang
dikendalikan oleh pendeta pada sekitar tahun 1817. Charles Darwin menghabiskan
musim panas tahun 1825 beliau dengan menjadi doktor pelatih untuk membantu
bapanya merawat orang miskin di Shropshire, sebelum beliau menyambung pelajaran
di University Edinburgh Medical School
yang merupakan sekolah perubatan yang terbaik di United Kingdom pada masa
tersebut bersama saudara beliau, Erasmus pada sekitar bulan Oktober 1825.
Semasa mengikuti kuliah perubatannya, beliau dapat kuliahnya membosankan
dan amali pembedahan agak menyedihkan
maka dengan itu beliau mengabaikan pengajiannya di universiti tersebut,
Beliau
juga turut menyertai Persatuan Plinian, iaitu kumpulan pelajar sejarah alam
semula jadi yang perbahasan terdorong ke materialisme radikal. Charles Darwin
turut terlibat dalam membantu Robert Edmond Grant dalam kajiannya mengenai
anatomi dan kitarannya kehidupan hidupan invertebrata laut di Firth of Forth
dan pada 27 Mac 1827, beliau turut sama secara langsung membentangkan penemuan
spora hitam yang terdapat dalam kulit tiram adalah telur lintah jenis skate. Selain itu, beliau juga
mempelajari pengelasan tumbuh-tumbuhan dan hal itu dijayakan dengan bekerja di
koleksi Muzium Universiti, yang merupakan salah satu muzium yang terbesar di
Eropah pada ketika itu. Hal ini menyebabkan bapanya kurang senang dengan
perilakunya berukna bapanya menghantar beliau ke Christ’s College, Cambridge
untuk mendapatkan segulung ijazah Sarjana Muda Sastera sebagai langkah pertama
menjadi pendeta Anglikan. Beliau juga diperkenalkan dengan kegilaan pengumpulan
kumbang oleh sepupunya, Willliam Darwin Fox. Melalui pengumpulan kumbang ini,
Darwin berjaya mendapatkan beberapa penemuan yang diterbitkan dalam Stevens’ Illustrations of British Entomology.
Selepas itu, beliau menjadi rakan baik dan pengikut botani, Profesor John Stevens Henslow dan
bertemu dengan beberapa tokoh alamiah terkemuka yang lain. Darwin terpaksa
tinggal di Cambridge sehingga bulan Jun untuk beliau belajar mengenai Teologi
Alam Paley atau Bukti-bukti Kewujudan serta Sifat-sifat Ketuhanan iaitu yang
menjadikan hujah untuk merancang alam semula jadi dan menjelaskan bahawa Tuhan
bertindak melalui undang-undang alam. Selain itu, beliau juga membaca buku John
Herschel iaitu buku mengambarkan tujuan tertinggi dalam falsafah alam semula
jadi. Darwin turut sama terlibat dalam pelayaran H.M.S Beagle pada tahun 1831
ketika beliau berumur 22 tahun (Lisa Matthews, 2009) . Pelayaran Beagle memakan masa 5 tahun sehingga
tahun 1836 dan mengelilingi dunia, menyusuri pantai Amerika Selatan,meneroka
pulau Galaagos yang sunyi, dan melawat pelbagai pulau disekitar Pasifik, Lautan
Hindi serta Selatan Atlantik.
Sepanjang
pelayaran beliau, pelbagai spesis alam semula jadi yang beliau temui, menjumpai
sejumlah besar fosil-fosil, dan menjalankan pelbagai pemerhatian pada
tumbuh-tumbuhan dan haiwan sekeliling. Tambahan lagi, penulisan beliau sehingga
berjilid-jilid berdasarkan semua perkara yang diperhatikan beliau semasa
pelayaran. Melalui catatan-catatan ini, ia dijadikn rujukan untuk kesemua
penulisannya seterusnya. Darwin pulang dari pelayaran pada 1836. Pada awal
1837, beliau mengandaikan bahawa spesis haiwan dan tumbuh-tumbuhan adalah tidak
tetap bentuk fizikalnya dan telah terlibat dalam perkembangan dalam sejarah
geologi. Kepercayaannya semakin menguat apabila beliau membaca sebuah buku An Essay on the Principle of Population karya
Thomas Malthus pada tahun 1838, yang memberikan beliau tanggapan mengenai
kehidupan alam semula jadi saling bersaing untuk terus hidup. Sehubungan dengan itu,beliau menyatakan
pendapat yang sama di dalam buku penulisan beliau, The Origin of Species,
…of the many individual of any
species which are periodically born, but a small number can survive , (Stove,
1995)
ditulis oleh Mohd Noor Farez
minta sekiranya dicopy, sila creditkan kepada saya.




0 comments:
Post a Comment