sambungan Biodata
Beliau mula mendrafkan mengenai teorinya pada awal 1842 dan pada
1844,serta digunakan secara sepenuhnya dalam buku beliau. Namun semasa beliau
masih menambah dan melakukan semakkan terhadap karya agungnya pada sekitar Jun,
1858, beliau menerima manuskrip daripada Alfred Russel Wallace. Manuskrip
tersebut mengandungi teori Wallace dan kandungannya hampir sama dengan
penulisan Darwin. Hal ini akan menyebabkan satu keaiban kepadanya sekiranya
beliau dan Wallace menerbitkan penulisan yang hampir sama. Sebelum dibentangkan
kepada badan saintis, penulisan itu dibentangkan sebagai kertas bersama. Namun
semasa perbentangan teori mereka tidak mendapat perhatian sebaliknya apabila
Darwin menerbitkan buku The Origin of Species pada setahun
kemudian telah mencipta satu suasana heboh dikalangan saintis. Tambahan pula
tidak ada lagi sebuah buku yang betul-betul membincangkan secara mendalam oleh
saintis mahupun orang awam. Penghujahan beliau dalam bukunya masih kuat
sehingga 1871, namun apabila Darwin menerbitkan buku The Descent of
Man, and Selection in Relation to Sex. Buku-buku tersebut yang
mengetengahkan idea kewujudan manusia yang berasal dari beruk telah mencetuskan
kontroversi.
Charles Darwin mengelak daripada terlibat dalam debat terbuka mengenai
teorinya itu. Tambahan pula keadaan kesihatannya juga tidak memungkinkan beliau
terlibat berukna masih sakit sejak dari pelayaran Beagle lagi
yang disyaki digigit serengga semasa di Selatan Amerika. Di samping itu, Thomas
H. Huxley seorang pendebat yang hebat membantu Darwin mempertahankan teorinya.
Majoriti saintis telah menerima kebenaran teori Darwin apabila beliau meninggal.
Charles Robert Darwin disahkan meninggal dunia pada 19 April 1882 dan berumur
73 tahun ketika itu. Pemergiannya ketika beliau berada di Down House, Luxted
Road, Downe, Kent, United Kingdom dan dijangka dikebumikan di gereja St. Mary
di Downe, namun atas permintaan ramai pihak dan petisyen awam serta di
parlimen, William Spottiswoode, Presiden Kesatuan Diraja menguruskan urusan
pengebumian Darwin untuk dikebumikan di Westminster Abbey, iaitu berhampiran
dengan kubur John Herschel dan Isaac Newton. Mayat beliau didiagnosis dan
disahkan kematian berpunca dari serangan angina dan kegagalan fungsi jantung.
Walaupun beliau terkenal dengan teorinya itu, namun beliau bukanlah
orang yang pertama yang mencetuskan idea tersebut. Terdapat beberapa individu
sebelum beliau yang mempunyai idea yang sama seperti beliau seperti Jean
Lamarck dan datuk beliau sendiri, tetapi tidak mendapat penerimaan dalam dunia
saintis disebabkan mereka tidak dapat memberi penjelasan selengkapnya mengenai
kajian evolusi tersebut. Antara kesan terhadap teori Darwin adalah pada sudut
agama, agamawan Kristian khuatir dengan mempercayai teori Darwin akan
menjejaskan kepercayaan penganut agamanya terhadap agama Kristian itu
sendiri (Hart, 1978). Agama lain juga turut menolak teori
tersebut, namun teori Darwin telah mengubah cara manusia berfikir tentang dunia
ini. Selain itu teorinya mengenai manusia berasal daripada haiwan telah
menwujudkan golongan yang menyokong dan menentang teori tersebut sehingga ke
hari ini serta masih lagi terdapat usaha-usaha saintis mengkaji teori tersebut
berdasarkan kemajuan tekonologi semasa yang lebih canggih, dengan itu
penghujahan yang lebih mendalam mengenai penerimaan atau penolakan teori
tersebut dapat diterangkan lagi.




0 comments:
Post a Comment